Teromba

 Teromba terkenal dalam orang Minang yang kuat berpegang kepada adat Perpatih. Teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.
Terdapat banyak pengertian teromba; ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilang adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat[7]. Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak sama. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan peribahasa

Contoh teromba adalah seperti berikut:
    Merisik dalam adat istiadat perkahwinan
    Adalah saya bak kata orang,
    kok ibarat umur baru bertukar muda,
    pendapatan pun belum ada,
    pandangan pun belum banyak,
    pengalaman pun belum jauh,
    kok darah belum setampuk pinang,
    kok jalan kurang pasa,
    kalau begitu kedatangan saya ini,
    ibarat pergi ke huma,
    singkap daun ambil buah,
    adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,
    orang ke awak, awak ke orang,
    semenda bersemenda,
    kok ibarat dasar pusaka,
    kok segar disiram,
    kok putus kata di pangkal,
    putus dengan dibagi,
    duduk berperuntungan,
    mati hukum Allah,
    duduklah pula sepelarasan,
    pandangan memandang satu nan lain,
    iaitu bersuku-suku,
    berapalah sukunya dua belas,
    dua belas Muar dua belas Jempol,
    enam Teraci enam Gunung Pasir,
    kok selaman sepermainan,
    kok sejamban seperulangan,
    tak dek hukum tak mengambil,
    diharuskan pula semenda-menyenda.