Gurindam



Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya di Sumatera. Di Sumatera, gurindam juga dikenali dengan nama Muslihat Acheh, Gurindam Barus, Lagak Minang, dan sebagainya. Asal usul perkataan gurindam adalah daripada Bahasa Sanskrit dan dikatakan memasuki Bahasa Melayu melalui Bahasa Tamil iaitu 'kirandum'.
Struktur puisi gurindam terdapat dua: terikat dan tidak terikat. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhirnya yang sama. Bagi bentuk gurindam yang tidak terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap, manakala rima akhirnya bebas.