Talibun



Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama. Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik. Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.

Menyahut panggilan apabila dipanggil ke istana
    Pukul tabuh larangan
    Palu gong pelaung
    Titir canang pemanggil
    Yang capik datang bertongkat
    Yang buta beraba-raba
    Yang tuli leka bertanya
    Yang kecil terambin lintang
    Yang jarak tolak-tolakan
    Yang pendek bertinjau-tinjau
    Yang kurap mengekor angin
    Yang pekak pembakar meriam
    Yang buta pemghembus lesung
    Yang lumpuh penghalau ayam
    Yang pekung penjemuran
    Yang kurap pemikul buluh